Sunday, November 17, 2013

Apa beza antara fail zip dan fail rar



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini aku nak kongsikan apa beza antara zip file dan rar file.. Zip file boleh kita kata abang kepada rar file, ini kerana zip file wujud lebih dahulu berbanding dengan rar file, jadi software untuk membuka zip file lebih banyak berbanding rar file, walaubagaimanapun, ianya tidaklah sampai menyusahkan masyarakat untuk mencari software untuk rar file (heheh).

Selain daripada nama yang berbeza (hahaha!), zip file dan rar file juga mempunyai beberapa perbezaan yang lain iaitu dari segi OS (Win XP keatas, Mac OS X, sesetengah Linux) yang digunakan, file zip boleh dibuka tanpa memerlukan software pihak ketiga (3rd party), manakala rar file memerlukan software seperti WinRAR untuk membuka file..

Rar juga dikatakan mampu memadatkan fail (compress) dengan saiz yang lebih kecil berbanding Zip, walaubagaimanapun, beza saiz ini tidak begitu ketara..

Yang terakhir, "kebanyakkan" software untuk membuka file rar adalah berbayar, walaubagaimanapun, ada yang masih boleh digunakan secara percuma, sebagai contoh WinRAR..

Ada sebarang info yang salah atau mahu ditambahkan? tolong pos dekat komen ye.. nanti aku update.. heheh..


No comments:

Post a Comment