Wednesday, November 13, 2013

Apa itu Freeware ?



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini aku nak kongsikan apa itu Freeware, aku selalu nampak perkataan ni bila nak download software/font dari internet, tapi tak pernah terfikir nak cari maksud dia, tapi hari ni tetiba tergerak nak faham apa itu Freeware, dan aku nak kongsi apa yang aku faham dengan korang.. heheh..

Freeware adalah terma kepada software yang didatangkan percuma untuk dimuatturun dari internet. Berpadanan dengan perkataan "Freeware" itu sendiri yang diambil sempena "Free" "Software".. hehe..  Tapi walaupun percuma ada diantara software ini yang masih terikat dengan beberapa polisi dan peraturan seperti tidak dibenarkan untuk diubahsuai/repackage/dijual semula dll..

Juga perkara yang biasa jika Freeware ini tidak didatangkan bersama dengan fungsi "Help" atau "Support", kerana kebanyakkan dari programmer tidak mempunyai sumber atau tenaga kerja bagi perkara ini (walaupun kadang-kadang dorang akan memberi respon kepada emel kita, tapi itu tidak dikira),  jadi mulalah wujud website yang memaparkan FAQ(soalan selalu tanya) dan artikel berkaitan yang mana dibangunkan oleh pengguna kepada pengguna bagi membantu satu sama lain.

Freeware yang mula popular semenjak populariti internet meningkat naik sekitar tahun 1980an mula dibangunkan oleh programmer-programmer yang seronok dengan aktiviti ini sebagai hobi.. mereka cipta dan kemudian sebarkan..

Ada berjuta freeware diinternet sekarang ini (antara contoh yang popular macam Adobe Reader, Free Studio, Skype dan macam-macam lagi), jadi buatlah pilihan.. hahah.. walaubagaimanapun, kena juga berhati-hati, sebab takut kadang-kadang software ini didatangkan sekali dengan virus/malware.. Cara aku mengelak adalah dengan hanya download dari website yang boleh dipercayai dan hanya software yang mendapat review yang baik dari orang ramai..

Kalau ada salah ke atau penambahan, jangan segan silu untuk membalas kat ruangkan komen kat bawah.. jumpe lagi.. wink2..


No comments:

Post a Comment