Wednesday, October 24, 2012

Cara untuk reload prepaid guna CIMB Clicks (bergambar)



Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Macam mana cara untuk reload / topup / tambah nilai prepaid guna CIMB Clicks ? Hehehe~ jadi baru lepas selesai buat kerja yang menimbun, aku tetiba terasa benda ni sesuai juga dikongsikan, sebab ada rakan yang masih suruh aku tolong buat kan.. mungkin ada juga antara korang-korang yang masih belum tahu.. harap ianya bermanfaat..

Aku khususkan untuk CIMB Clicks dulu, nanti ada masa aku buat untuk Maybank2u pulak ek.. mungkin esok ke.. :-)

nota : 
Tutorial ini untuk mereka yang sudah pernah Login masuk ke CIMB Clicks, kepada yang belum pernah Login, korang perlu ke mana-mana cawangan Bank CIMB, dan minta bantuan pegawai disana cara untuk membuat akaun di CIMB Clicks,

Sila klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.. Jangan lupa untuk ikut langkah demi langkah..

Okay ini cara - caranya..



1. Pergi ke https://www.cimbclicks.com.my/ ( untuk keselamatan, pastikan url betul.. ejaannya juga betul.. dan taip sendiri, jangan klik pada link-link yang orang bagi untuk mengelakkan kejadian penipuan/kecurian akaun )

2. Lepas dah masuk website CIMB Clicks, sila Login ke akaun anda..


3. Lepas dah Login, nanti korang akan nampak ada 9 thumbnail seperti rajah diatas.. klik pada thumbnail " Prepaid Reload "


4. Lepas tu, korang pilih untuk From tu, akaun korang..



5. Lepas tu, pilih untuk Product Type pulak.. untuk kes aku, aku nak reload prepaid telefon aku, jadi aku pilih Mobile Reload.. kalau korang nak reload IDD/STD atau lain-lain, pilih lah yang berkaitan..


6. Lepas tu, pilihan untuk Buy, apa yang korang nak beli..


7. Lepas tu masukkan nombor telefon yang korang nak tambah prepaid tu (pastikan betul), kat bahagian Reload To.. dah masukkan, tekan butang "Submit"..


8. Tekan butan "Request" untuk mintak nombor TAC, nanti dia akan sms nombor tu ke handphone korang.. dah dapat nombor tu, masukkan kat ruangan yang disediakan dibawah butang "Request" tu.. Lepas tu, tekan "Confirm", untuk menyelesaikan pembelian, dalam beberapa saat (selalu kurang dari 1 minit), nilai akan dimasukkan kedalam handphone korang..

Tahniah! hehehe~


untuk sebarang soalan, atau sebarang pembetulan boleh lah pos dekat komen.. terima kasih sudi baca..

34 comments:

  1. reload to.... apa beza to my list/ others...
    kalau nak topup kat handphone sendiri nak pilih my list ke, atau others

    ReplyDelete
    Replies
    1. beza my list dengan others ni, kalau kita da save nombor kita dalam website tu.. jadi malas nak taip-taip boleh terus pilih dekat my list..

      tapi kena simpan dulu..

      kalau guna others, kita boleh taip nombor dalam tu secara manual..

      untuk topup handphone sendiri, boleh guna mana-mana.. my list ataupun others..

      :) kalau masih tak jelas bagitau la ye..

      Delete
    2. ok.. ok.. jelas/ jelas/ jelas... Thank you?? (:

      Delete
  2. thank you for sharing info.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're welcome.. thanks for the visit.. :D

      Delete
  3. cmna nak save no dlm my list

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat balas.. sibuk.. ni aku ada buat satu tutorial.. untuk jawab soalan ko ni.. hehehe.. sila-sila la tengok.. terima kasih ye..

      http://ultimatebot.blogspot.com/2013/07/macam-mana-nak-simpan-nombor-telefon.html

      Delete
  4. kena caj bape sen kalau guna reload prepaid nie?
    ataupun free?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lambat reply, sibuk sejak kebelakangan ni.. tiada charge yang dikenakan, aku pernah mesej cimb tanya soalan ni.. :)

      Delete
  5. cimb click ni bleh x tukar ke bahasa melayu huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan.. payah syarikat dalam negara pun taknak guna bahasa negara sendiri.. pergi mana-mana pun duk guna bahasa asing lagi.. camne nak raikan merdeka ni? hehehe :P

      tapi bab ni, ko boleh try Google Translate, klik kanan dekat website cimbclick tu, lepas tu pilih "Translate to English".. nanti ada satu tab keluar kat atas tu.. ko pilih From English To Malay..

      tapi untuk sesetengah terma tu masih tak boleh nak diubah.. kalau yang diubah tu kadang-kadang kita tak faham..

      dan payah, ada page yang tak boleh nak klik kanan jugak kat situ.. sebab nak jaga keselamatan.. hmmm.. nak taknak kena la amik tau bahasa omputih sikit-sikit.. :(

      ermmm.. nak kena ada pihak yang ambil peduli perkara-perkara macam ni.. lama-lama nanti takut hilang terus.. :) (uit maaf terbeleter..)

      kalau ada soalan tanya la.. terima kasih datang lagi yer!

      Delete
  6. Iid std itu maksudnya bagaimana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan lid std tapi IDD STD.. IDD = International Direct Dialing, STD = Subscriber Trunk Dialling, untuk panggilan antarabangsa atau panggilan jarak jauh..

      Delete
  7. u can buy reload from seller which offer discount like me.

    [WTS] DiGi,Celcom,Hotlink,ITalk,TuneTalk,UMobile, Prepaid Reload (Up to 5% Discount)

    http://forum.lowyat.net/topic/3059543

    ReplyDelete
  8. no fon tue nak kena tambah 6 ke didepan?

    ReplyDelete
  9. Hari aku dok leh top up guna CIMB. Pilihan ALTEL dh tak der....
    Masalah CIMB ke masalah ALTEL

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ada masalah bersama la tu kot.. hahaha.. apa2 pun try contact dorang.. bab ni tak dapat den nak nolong.. mmm maaf..

      Delete
    2. haritu ada senarai ALTEL dlm CIMB click....bru2 ni dh xde plak...
      adoiii

      Delete
  10. Terima kasih atas pencerahan admin..

    ReplyDelete
  11. tumpang tanya , akaun HP CIMB tu apa ye ?

    ReplyDelete
  12. Reload Xox ikut CIMB click ade x ?

    ReplyDelete
  13. Reload Xox ikut CIMB click ade x ?

    ReplyDelete
  14. Nak Tanya.. Kalau beli reload injoy melalui Cimb clicks.. Yang akau no tu letak akaun injoy ke @ no kat kad injoy tu?

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum.. nak tanya..kalau nak topup untuk orang lain pon boleh,kan?

    ReplyDelete
  16. Boleh. Asalkan masukan no.tel yg betul

    ReplyDelete
  17. X boleh ,,nombor dah ok dah mintak nombor x ada pesan masuk pun

    ReplyDelete
  18. Salam,sya ada top up ke no kawan sya yg pakai sox,tapi sya pilih italk mobile...and then tak masuk pun top up dlm handfon dia,bagaimana tu yee ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  19. Thank you untuk perkongsian yang bermanfaat ni..

    ReplyDelete
  20. Bka guna phone boleh tk?
    Kalo type yu xox tk msok kan dlm cimb mcm mne plop eh

    ReplyDelete
  21. Bka guna phone boleh tk?
    Kalo type yu xox tk msok kan dlm cimb mcm mne plop eh

    ReplyDelete