Tuesday, September 30, 2014

Macam mana nak letak background image / watermark di dalam Microsoft Word ?



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni aku nak kongsikan macam mana nak letak background image / watermark di dalam Microsoft Word ?

Contoh seperti gambar dibawah ini..



Cara-caranya ialah

  1. Klik Design > Watermark.
  2. Klik Custom Watermark.
  3. Klik Picture watermark > Select Picture.
  4. Browse gambar yang korang nak guna, kemudian tekan Insert.
  5. Pilih percentage dekat Scale untuk ubah size gambar. 
  6. Klik Washout check box untuk kesan pudar, supaya tulisan senang dibaca.
  7. Klik OK.

Itu aja.. senangkan? sebarang persoalan boleh tulis kat komen.. 


Sunday, June 1, 2014

Apa itu Facebook?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Apa itu Facebook?

Facebook adalah merupakan sebuah laman sosial atau social sites yang dibina pada 4 Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg bersama dengan rakannya dari Universiti Harvard.


Facebook hanya membenarkan mereka yang berumur 13 tahun keatas sahaja untuk memiliki akaun disini, setiap pengguna mestilah mendaftar dahulu sebelum dapat menggunakan perkhidmatan ini. Laman web facebook boleh dicapai dengan menaip alamat www.facebook.com di platform carian anda.


Thursday, April 3, 2014

Apa itu jaringan sosial ?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini aku nak kongsikan apa maksud jaringan sosial atau social network ni.
 
Jaringan sosial atau social network bermaksud sekumpulan individu didalam sebuah kumpulan tertentu, boleh diumpamakan seperti sebuah komuniti kecil atau sebuah kejiranan dengan kelompok kecil. Jaringan sosial juga boleh dilihat ditempat kerja, universiti, sekolah dan yang paling popular sekarang adalah secara atas talian ataupun online.

Ini kerana bukan seperti ditempat kerja, universiti, dan sekolah, internet dipenuhi oleh jutaan individu yang mahu mewujudkan jaringan sosial mereka sendiri, mungkin untuk berjumpa, berkumpul, berkongsi maklumat atau pengalaman.

Bila bercakap tentang atas talian atau online ini, laman web adalah yang selalu digunakan. Laman web ini dikenali sebagai laman sosial atau social sites. Laman sosial berfungsi seperti komuniti atas talian dikalangan pengguna internet.


Contoh laman sosial atau social sites adalah seperti Facebook, Twitter, Instagram dan macam-macam lagi.

Kalau ada sebarang persoalan boleh tulis dekat komen, terima kasih singgah!