Thursday, April 3, 2014

Apa itu jaringan sosial ?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini aku nak kongsikan apa maksud jaringan sosial atau social network ni.
 
Jaringan sosial atau social network bermaksud sekumpulan individu didalam sebuah kumpulan tertentu, boleh diumpamakan seperti sebuah komuniti kecil atau sebuah kejiranan dengan kelompok kecil. Jaringan sosial juga boleh dilihat ditempat kerja, universiti, sekolah dan yang paling popular sekarang adalah secara atas talian ataupun online.

Ini kerana bukan seperti ditempat kerja, universiti, dan sekolah, internet dipenuhi oleh jutaan individu yang mahu mewujudkan jaringan sosial mereka sendiri, mungkin untuk berjumpa, berkumpul, berkongsi maklumat atau pengalaman.

Bila bercakap tentang atas talian atau online ini, laman web adalah yang selalu digunakan. Laman web ini dikenali sebagai laman sosial atau social sites. Laman sosial berfungsi seperti komuniti atas talian dikalangan pengguna internet.


Contoh laman sosial atau social sites adalah seperti Facebook, Twitter, Instagram dan macam-macam lagi.

Kalau ada sebarang persoalan boleh tulis dekat komen, terima kasih singgah! 


No comments:

Post a Comment