Monday, March 24, 2014

Membayar pinjaman MARA secara online / atas talian




Bayaran Balik Pinjaman Melalui MARA e-Bayar
Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat, mulai April 2005 MARA telah menyediakan kemudahan MARA e-Bayar iaitu bayaran balik pinjaman dan sewaan MARA secara elektronik (perbankan internet, mesin ATM, SMS dan Mobile 3G) serta melalui kaunter bank. Kemudahan ini disediakan melalui pakatan bestari bersama beberapa bank. Bank yang terlibat adalah seperti berikut:-
1. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
2. Malayan Banking Berhad (MBB)
3. CIMB Bank Berhad (CIMB)
4. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (BKRM)
5. AmBank (M) Berhad (Ambank)
6. Public Bank Berhad (PBB)
7. RHB Bank Berhad (RHB)
8. Affin Bank Berhad (Affin Bank)
9.Bank Simpanan Nasional (BSN)
Salah satu kemudahan yang disediakan oleh MARA e-Bayar adalah perkhidmatan perbankan internet di mana pelanggan dapat menjalankan transaksi pembayaran mereka secara dalam talian pada bila-bila masa walau di mana jua mereka berada tanpa perlu datang ke kaunter bayaran MARA. Pelanggan yang berada di luar negara juga boleh membuat bayaran melalui perbankan internet sekiranya mereka mempunyai akaun yang aktif dengan bank-bank yang disenaraikan. Ini sekaligus dapat menjimatkan masa dan memudahkan pelanggan MARA untuk membuat pembayaran.
Caj bayaran yang dikenakan bagi setiap transaksi ialah RM 1.00 oleh BIMB, MBB, Ambank, PBB, RHB dan BSN. CIMB dan BKRM hanya mengenakan caj sebanyak RM 0.50 sahaja untuk setiap transaksi, manakala tiada sebarang caj dikenakan kepada pelanggan yang membuat bayaran melalui Affin Bank. Caj bank perlu ditanggung dan dibayar oleh pelanggan MARA kepada bank.
Selain daripada kemudahan MARA e-Bayar, pelanggan MARA boleh membuat bayaran di semua kaunter pejabat pos.
Bayaran Balik Pinjaman/Pembiayaan/Sewaan MARA boleh dibuat melalui kemudahan bank-bank berikut :- 

BILBANK/POSINSTRUMEN PEMBAYARAN
PANDUAN BAYARAN INTERNETKAUNTERATMSMSMOBILE 3GCAJ BANK
1
 www.bankislam.biz RM1.00
2
www.maybank2u.com.my RM1.00
3
www.cimbclick.com.myRM0.50
4
Bank Rakyat
 www.irakyat.com.my RM0.50
5ambank.amonline.com.my/RM1.00
6
Public Bank
www.pbebank.com.myRM1.00
7
www.rhbbank.com.myRM1.00
8
Affin Bank
www.affinbank.com.my PERCUMA
9
Affin Bank
- TIADA -RM1.00
10
Affin Bank
- TIADA -PERCUMA

No comments:

Post a Comment