Thursday, November 1, 2012

Apa itu Cloud Storage ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Hari ni aku nak kongsikan tentang apa itu cloud storage atau cloud computing ni.. Zaman sekarang ni, semua benda nak smart.. dan dalam dunia yang penuh kesibukan dan segalanya nak pantas, cloud storage atau cloud computing ini sangat membantu..


Cloud storage ini adalah merujuk kepada ruang simpanan secara online, macam online harddisk, dimana akan bertindak untuk menyimpan data-data korang. Cloud storage berfungsi sama macam thumbdrive atau external hard disk korang, cumanya ianya online / tiada fizikal pada korang, semuanya secara virtual, tidak kelihatan.

Data-data boleh diakses menggunakan komputer, laptop, tablet, atau smart phone korang dimana-mana tempat yang mempunyai akses internet, zaman yang ramai menggunakan plan internet mobile memudahkan lagi untuk cloud storage ini digunakan.

Kini syarikat-syarikat seperti Apple, Google dan Windows masing-masing mempunyai aplikasi cloud storage mereka sendiri.. contohnya Apple dengan iCloud, Google dengan Google Drive dan Windows dengan SkyDrive..

Itu je yang dapat aku kongsi sekarang ini, ada kelapangan dan keizinan ada lah lagi untuk pos yang berikutnya..

p/s: setakat ni yang aku guna adalah Dropbox.. nak tau lebih lanjut pasal Dropbox, KLIK SINI

Jika terdapat sebarang persoalan atau pembetulan, boleh tulis kat komen.. terima kasih kawan!


No comments:

Post a Comment