Tuesday, July 3, 2012

Apa itu Dropbox dan macam mana nak guna ?


















Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Jadi tajuk hari ini berkaitan dengan apa itu Dropbox dan macam mana nak guna? .. baru-baru ni, ramai pulak kawan-kawan aku tanya aku pasal benda ni, jadi aku buat kesimpulan, yang ramai jugak kat luar sana nak tau pasal benda ni, jadi aku nak kongsi sikit dari apa yang aku tau..

Apa itu Dropbox ?

Secara ringkasnya, Dropbox merupakan satu perisian atau software percuma (basic), yang bertindak macam "poket doraemon".. iaitu tempat untuk korang simpan barang.. kenapa aku cakap macam poket doraemon, sebab kalau korang install software ni dekat dalam komputer atau laptop atau smart phone, korang boleh view file yang korang simpan dalam tu.. contoh, aku masukkan folder gambar perkahwinan aku dalam Dropbox tu dekat komputer rumah.. dan aku balik kampung dengan sebuah laptop yang aku sudah ada Dropbox, aku boleh kongsikan gambar tersebut dengan keluarga di kampung, tanpa perlu membawa salinan bersama..

Dropbox juga boleh digunakan jika korang nak share folder dalam Dropbox korang dengan kawan-kawan korang.. sebab nak send file yang 64MB guna email, memang tak lepas.. nak sewa server.. server mahal pulak, semata-mata nak guna untuk share folder je..

Macam mana install Dropbox?

Mula-mula download Dropbox kat [SINI]
Lepas tu, run file yang korang download tu.. dan ikut proses dia langkah demi langkah.. tak susah pun..
Dan nanti korang kena register account.. dan korang kena ingat, email dan password korang..

Macam mana nak guna Dropbox?

Lepas korang install.. nanti korang nampak ada icon Dropbox kat tray bawah kat sebelah kanan sebelah jam.. kalau icon tu ada simbol refresh warna biru, maksudnya file korang tengah di sync/download.. korang boleh rollover mouse korang dekat situ untuk tau status file.. kalau icon tu ada simbol tanda right warna hijau, maksudnya file korang sudah di sync/download..

untuk simpan file dengan diri korang sahaja, korang boleh create folder dalam tu, dan letakkan file dalam folder tersebut..

kalau korang nak share dengan orang lain, korang klik kanan dekat folder korang dan pilih Dropbox > share this folder...

( klik gambar untuk paparan lebih jelas )

Kalau ada sebarang soalan atau info tambahan, pos dekat komen tau.. hehehe~ terima kasih baca.. 


34 comments:

  1. hey admin,, thnaks for the info.. cuma satu je yg saya ragu2 against dropbox ni,adakah org lain akn dpt tengok album2 gambar kita secara online,, mksud sya, mcm tengok pic kt album facebook..or folder ni private??? hrp dpt penjelasan yup :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye FFR_J yang mempunyai wajah kartun yang comel.. heheh~ terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca..

      okay berkaitan soalan, cuma nak bagi tau satu perkara, kena selalu ingat tiada yang secure di internet.. serius, memang tak ada.. cuma masing-masing, termasuk dropbox cuba sedaya upaya menaik taraf security dorang dari masa ke semasa.. sedangkan web bank pun boleh kena hack.. hehehe~

      jadi untuk langkah keselamatan jangan share benda-benda yang agak rahsia/peribadi..

      pasal isu yang FFR_J bangkitkan, orang dapat tgk gambar/benda yang kita simpan kat dalam dropbox ni, dia ada satu sistem sekuriti yang mana memerlukan access untuk view benda/gambar dalam dropbox kita tu.. so orang yang takda access, tak boleh nk view apa yang ada dalam dropbox kita ni..

      dia punya tahap sekuriti ni macam sekuriti bank, sebab derang guna SSL (Secure Socket Layer) dengan AES-256 encryption..

      jelas? atau perlukan lagi penjelasan.. jangan segan silu nak tanye lagi.. heheh..

      Delete
  2. Replies
    1. boss.. cantik komen punye tarikh 21/12/12..

      hehehe~ terima kasih kerana bertanya.. aku baru tulis satu pos untuk jawab soalan boss tu.. boleh baca kat sini..

      http://ultimatebot.blogspot.com/2012/12/apa-itu-root.html

      kalau ada soalan lagi, boleh pos dekat komen situ, aku cuba jawab ek boss.. tenks boss :D

      Delete
    2. tq for explaination and knowledge...

      Delete
    3. you are welcome. :)

      come again.. haha :D

      Delete
  3. ngomong tu yg jelas,,,!!!

    ReplyDelete
  4. ok.. baru tahu ! thnx for the info ~ :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih. baru nak d/load

    ReplyDelete
  6. perlu sign out x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau banyak barang berharga, tak salah sign out.. :) lagi pun lebih selamat macam tu.. jadikan budaya untuk sentiasa berjaga-jaga.. heheh ;)

      Delete
  7. nice info.. i bljar guna dari sini.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. saje kongsi2.. :) datang la lagi..

      Delete
  8. kalau file dalam dropbox full,nak clear atau transfer macamana?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau file dropbox dah penuh, boleh delete macam biasa kita delete file dekat dalam komputer/tablet/phone.. dia akan automatik delete online jugak.. kalau nak restore balik file yang kita dah delete, dropbox hanya simpan data yang dah delete selama 30 hari.. kalau beli "packrat" dari dropbox, dorang akan simpan file kita selama mana kita masih ada feature "packrat" ni..

      harap membantu.. terima kasih bertanya :)

      Delete
  9. Macam mana ye kalau kita da terdelete file2 tu then nak restore kan balik?boleh tau cara2nya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tau dah berapa lama? Kalau dah lebih 30 hari xdapat den nak nolong..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  10. drobox ni ade limit tak nk share folder,,
    contoh kalau nk share movie boleh tak??
    pastu kalau nk share boleh tak sorg duduk lain,sorg duduk lain,,
    contohnye,,saye duduk kat johor,,membe saye duduk kat kl,,so boleh share jugak tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. duduk negara lain-lain pun boleh share..

      limit share ialah sizenya aje..

      Delete
  11. Owh..thanks for the info. Mmg lama nak tahu tapi tak tergoggle2..

    Neesa

    ReplyDelete
  12. macam mana nak buat password dropbox dekat komputer desktop...klu smart dah boleh..TQ

    ReplyDelete
  13. Dropbox ni ada expired x?sbb dulu penah simpan dlm slide...pastu diorg nk stop ..kena dload balik sume gamba gamba...masuk laptop balik ... :-(

    ReplyDelete
  14. Mcm maner nk tgk yg kwn kita share

    ReplyDelete
  15. Saya ada simpan fail dalam dropbox guna PC dirumah, kalau dulu saya boleh buka fail tu kat PC di pejabat tetapi kenapa sekarang tidak boleh seolah-olah macam fail tu tidak disync, apa yang perlu saya buat

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. saya nak tanya, kalau saya delete file dlm dropbox sy, adakah file yg sy share kt dropbox kwn sy tuh turut sama terdelete? atau kwn sy tuh still dpt tgk file tuh biarpn sy dh delete file trsebut di akaun dropbox sy?

    ReplyDelete
  18. tq for ur sharing..sgt berguna utk asgmnt saya..

    ReplyDelete
  19. Salam..sy nk tnya sy dh ada dropbox dgn group kerja tmpt lama..tp skng sy dh pindah..so sy nk buat dropbox bg group kerja yg baru..cmna ye??

    ReplyDelete
  20. Nak tanya dropbox ada limit ke size document yang kita simpan? Sebab saya ada banyak gambar nak simpan dalam dropbox.

    ReplyDelete