Friday, October 11, 2013

Apa itu fail Zip dan cara untuk Zip dan Unzip ?



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apa itu fail atau folder Zip dan cara untuk Zip dan Unzip ? adalah topik hari ini..


Apa itu Zip?

Zip adalah merupakan satu cara untuk mengecilkan saiz sesuatu fail/folder dengan extension .zip (dot zip).. selalunya bila kita memuaturun fail dari internet, kita akan dapat dalam bentuk "namafolder.zip", kerana ianya memudahkan proses muat naik dan muat turun.. Fail yang sebenar ada didalam "namafolder.zip" tersebut. Untuk memasukkan fail kedalam satu folder zip dan cara untuk mengeluarkan fail dari folder zip, adalah seperti dibawah ini..


Cara untuk Zip fail atau folder

Pilih beberapa fail yang ingin di "Zip" kan, dan klik kanan, kemudian pilih "Compressed (zipped) folder" seperti gambar dibawah ini..





Cara untuk mengeluarkan fail atau folder dari fail Zip atau teknik ini dipanggil Unzipped

Klik kanan pada fail atau folder yang telah di"zip" tersebut, dan pilih "Extract All", seperti dalam gambar dibawah..



Itu aje.. senang je kan? ada sebarang masalah boleh tinggal kan dikomen.. Sila datang lagi!!



No comments:

Post a Comment