Tuesday, October 8, 2013

Apa beza Unifi dan Streamyx ?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa beza Unifi dan Streamyx ? itu yang terlintas setiap kali terpandang iklan dorang.. hehehe.. lepas baca dekat website dorang apa itu Unifi dan Streamyx, aku boleh bagi rumusan sikit la.. kalau ada yang tau lebih lagi, boleh pos kat komen..

Paling ketara perbezaan dorang ini selain daripada segi ejaan, adalah teknologi yang digunakan,

Seperti mana yang umum tau, Unifi menggunakan kabel fiber optic, dimana lebih laju dari kabel copper yang digunakan pada pakej Streamyx.. permasangan Unifi memerlukan kabel khas, jadi tu pasal terdapat sesetengah tempat yang tak "support" lagi untuk permasangan Unifi ni..

perbezaan kedua yang aku dapat kongsikan adalah dari segi harga.. heheh.. korang boleh tau kot kan berdasarkan perbezaan pertama diatas tu, sudah pasti Unifi lebih mahal sedikit berbanding Streamyx..


Jadi yang mana boleh dijadikan pilihan?

Mula-mula kenal pasti dulu keperluan korang, korang ni dah bekerja ke belum? kalau dah bekerja boleh lah cuba Unifi (jangan tambah beban mak bapak kalau belum bekerja.. heheh),

lepas tu, korang ni siapa nak guna internet laju-laju, maksud aku, korang ni pro-gamer ke, atau vlogger termashur ke, atau kaki download, atau kakitangan yang perlukan internet laju.. atau korang cuma pengguna biasa.. dari situ korang boleh cuba bandingkan pakej mana yang sesuai..

Inilah serba ringkas penerangan berkaitan beza Unifi dan Streamyx.. kalau ada yang kurang, minta kongsikan kat komen bawah ye.. heheh..

Terima kasih singgah! jangan lupa datang lagi.. bookmark lah blog ni (klik sini untuk cara bookmark dekat google chrome).. kikiki~


18 comments:

  1. salam bro.tnye skit.utk pakej streamyx yg mana ok utk sy ye?? bajet dlm RM100 kebawah ok lh..sbb sy ni kaki download n movie online..utk kegunaan santai jew..tlg ye..
    thanks bro..

    ReplyDelete
  2. mksud sy yg bajet tu mcm duit byran blnn lh..bajet sy RM100 kebawah je..hehe .tlg replay ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya boleh bantu untuk streamyx harga 110 untuk 1mbps...
      Nk pasang leh pm sy di no
      0128377765 zakwan.

      Delete
  3. assalamualaikum,sy di sini ingin menjwab pertanyaan Arshad . sy pengguna streamyx 4.0 mbps.pakej streamyx ini lah paling rendah dgn harga Rm140 sebulan.Manakala pakej unifi yg paling rendah ialah pakej vip5 dgn hrga Rm149 sebulan. ini bermaksud tiada pakej srendah Rm100,sy cadangkan Arshad menambah Rm40 untuk melanggan pakej streamyx . sekian dari sy

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    Streamyx ada package speed yang berbeza mengikut kadar bulanan seperti berikut:-
    > Package Speed 1.0 Mbps - Kadar bayaran bulanan RM 110 (Untuk setiap lokasi / kawasan)
    > Package Speed 2.0 Mbps - Kadar bayaran bulanan RM 120 (Untuk Lokasi / Kawasan terpilih)
    > Package Speed 3.0 Mbps - Kadar bayaran bulanan RM 130 (Untuk Lokasi / Kawasan terpilih)
    > Package Speed 2.0 Mbps - Kadar bayaran bulanan RM 140 (Untuk Lokasi / Kawasan terpilih)

    ReplyDelete
  5. Maaf.. pembetulan untuk senarai yang terakhir.

    > Package Speed 4.0 Mbps - Kadar bayaran bulanan RM 140 (Untuk Lokasi / Kawasan terpilih)

    ReplyDelete
  6. Hi...
    Sy zakwan,jika anda ingin mendaftar streamyx atau unifi boleh hubungi saya..
    Jika stok masih gift masih ada saya akan bagi gift tersebut pada anda.
    Contoh gift:
    Payung,baju,box,buku,dll lagi.

    ReplyDelete
  7. Hahahh saye memang pro gamer.dalam perancangan nak tukar unifi.
    Harge package unifi berape eh?

    ReplyDelete
  8. VIP5 RM157.94/month VIP10 RM210.94/month VIP20 RM263.94/month spe2 nk blh call or whatsapp 0197060935

    ReplyDelete
  9. eh lupe tu termsuk harge GST

    ReplyDelete
  10. Sekarang ni unifi ada kt area mana dan negeri mana...??dan berapa beza harga streamyx 4.0 dgn unifi...

    ReplyDelete
  11. macam mne nk buat line streamyx model ADSL RIGER DB 120WL kene curi mengunakan line Rager3.Puas dah sekat tp xberkesan....

    ReplyDelete
  12. Assalam bro sy nk guna internet utk cctv dan alarm sistem... Mane lg bagus unifi@streamyx

    ReplyDelete
  13. setahu aku streamyx lagi mahal dari unifi...streamyx 8mbps aku byr rm160 untuk unifi 10mbps baru rm129 unifi 30mbps rm139..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul streamyx lg mahal dr unifi, jika tuan berminat nak upgrade dr streamyx yg ada ke unifi atau nk daftar baru unifi boleh la hubungi sy melalui whatsapp atau call
      0128377765

      Delete
    2. Jadi apa bezanya ye antara unifi dan streamyx? maaf sy masih xjelas 😅
      ap klbihan streamyx dr unifi?

      Delete