Friday, July 12, 2013

Macam mana nak simpan nombor telefon dalam "My List" di cimbclicks (bergambar) ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Topik kali ini adalah Macam mana nak save nombor telefon dalam "My List" di cimbclicks ? untuk menjawab soalan dari Anonymous di post Cara nak reload prepaid handphone guna cimbclicks bergambar..

Memula sekali nak mintak maaf sebab lama tak update blog sebab sibuk gila sebab raya dah dekat jadi nak kena update website client untuk promosi raya dorang.. huhuh.. design raya lagi.. tapi takpelah.. rezeki.. hehehe~

nota : 
Tutorial ini untuk mereka yang sudah pernah Login masuk ke CIMB Clicks, kepada yang belum pernah Login, korang perlu ke mana-mana cawangan Bank CIMB, dan minta bantuan pegawai disana cara untuk membuat akaun di CIMB Clicks,

Sila klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.. Jangan lupa untuk ikut langkah demi langkah..

okay jom mulakan..



1. Pergi ke https://www.cimbclicks.com.my/ ( untuk keselamatan, pastikan url betul.. ejaannya juga betul.. dan taip sendiri, jangan klik pada link-link yang orang bagi untuk mengelakkan kejadian penipuan/kecurian akaun )



2. Klik pada menu My Accounts dan pilih My Favourites


3. Kemudian pilih Prepaid Reload Numbers dan klik Add New Numbers



4. Masukkan no telefon yang nak disimpan dalam My List dan nama yang sesuai.. dan tekan Submit..


5. Lepas dah submit, nanti akan pergi ke page macam gambar kat atas ni.. tekan Request untuk request nombor TAC, nombor TAC akan dihantar ke telefon bimbit yang korang daftarkan masa register cimbclicks..



6. Lepas CIMB dah sms nombor TAC ke telefon bimbit korang (macam aku tak sampai 2 minit mesej tu dah sampai).. masukkan nombor tersebut (6 digit).. lepas tu tekan Submit..


7. Dah selesai.. 

nanti kalau korang pergi balik dekat reload prepaid.. ada lah nombor yang korang baru simpan tu.. macam gambar kat bawah ni.. 




senang je kan? sebarang masalah boleh pos dekat komen, kalau aku tau, aku jawab.. heheh.. kawan2 yang lain pun mungkin ada yang tau dan boleh jawabkan.. 

Selamat Berpuasa..




2 comments: