Wednesday, July 17, 2013

Macam mana nak jimatkan bateri Samsung Galaxy ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni aku nak kongsikan macam mana cara nak jimatkan atau save bateri Samsung Galaxy khas nya, dan jenama lain amnya.. hehe~

Begini.. (fuh)

Aku listkan antara cara-cara yang boleh digunakan, mana yang berkenan dihati boleh lah cuba..

1. Kurangkan/kawal penggunaan 3G. 3G ni lah antara pemakan bateri paling banyak yang dihadapi oleh pengguna-pengguna telefon pintar sekarang ni.. (dicadangkan untuk turut memerhatikan penggunaan WiFi, Bluetooth, dan GPS).. kalau tak perlu apa salahnya mematikan sebentarkan? tapi sekarang zaman powerbank, orang dah tak kisah sangat.. heheh..

2. Emergency Power Saving Mode. Ini antara feature yang terdapat pada Samsung Galaxy ni, korang cuba perhatikan dan kaji pasal fungsi ni, dia macam satu fungsi yang akan kawal penggunaan bateri korang bila dah tahap kritikal, seperti menggurangkan secara automatik kecerahan skrin, kelajuan CPU, warna background screen korang untuk internet browser..

3. Menggunakan latar belakang (background) skrin berwarna gelap. Penggunaan background berwarna gelap/hitam dapat menjimatkan banyak penggunaan bateri, ini kerana penggunaan AMOLED oleh Samsung memaksa penggunaan bateri yang lebih jika skrin berwarna cerah.

4. Kurangkan kecerahan skrin. Menggurangkan kecerahan skrin juga membantu menjimatkan bateri, memang nampak muram kan.. tapi baik juga untuk mata!  orang sebelah pun tak dapat curi-curi baca mesej.. hahaha..

Itu je la yang sempat aku kaji.. kalau korang ada tips lain.. boleh lah pos dekat komen.. kalau okay aku updatekan list ni nanti.. Terima kasih singgah, jangan lupa datang lagi.. bookmark lah blog ni (klik sini untuk cara bookmark dekat google chrome).. kikiki~

No comments:

Post a Comment