Tuesday, August 27, 2013

Macam mana nak simpan nombor telefon dalam "Favourite" di Maybank2u (bergambar) ?



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni aku nak kongsi Macam mana nak simpan / add nombor telefon dalam "Favourite" di Maybank2u.. yang ditanya oleh zaty's shop di pos "cara macam mana nak transfer duit dalam Maybank2u"


Peringatan!! Cara ini untuk mereka yang sudah mempunyai akaun Maybank2u, jika masih belum ada, sila pergi ke kaunter Maybank untuk mendapatkan bantuan..

p/s:- klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.. 


untuk cara nak tambah nilai prepaid telefon bimbit di Maybank2u KLIK SINI

okay mari teruskan..

1) lawat ke maybank2u.com.my, pastikan url anda betul masa melawati website ini.. kerana ditakuti anda dipancing ke website yang salah..





pertama sekali, login, lepastu akan ke skrin seperti dibawah ini.. pilih "Accounts & Banking"


lepas tu pilih "Transfer"..



Lepas tu.. tengok kat bahagian bawah seperti yang macam gambar bawah ni... ada 4 pilihan.. untuk simpan favourite bank Maybank pilih "3rd party transfer", kalau untuk bank selain Maybank dalam Malaysia ni, pilih "Interbank Fund Transfer"..



Lepas dah pilih salah satu.. nanti akan keluar page macam kat bawah ni.. macam aku pernah add 3 akaun sebelum ni.. jadi boleh tengok senarai dia.. kalau nak tambah baru, klik "Add" yang ada kat bawah belah kanan tu..



Lepas tu akan keluar satu page yang ada borang.. korang isikan maklumat akaun bank yang korang nak add sebagai favourite.. lepas dah isi semua.. tekan "Continue"..



Lepas tu akan keluar page macam kat bawah ni, mula-mula tekan "Request a TAC number", nanti server akan hantar TAC number ke telefon bimbit yang korang register untuk maybank2u.. lepas da dapat TAC number masukkan kat ruangan yang disediakan.. lepas tu tekan "Confirm"..



Itu aje.. hehehe.. senangkan? Harap membantu korang.. Kalau ada masalah pos dekat komen, insha-Allah aku cuba bantu.. kalau tak, kawan-kawan lain pun ada kan? 

hehehe~ terima kasih membaca.. jemput-jemput datang lagi..




1 comment:

  1. takda pun macam mana nak add phone number. yang awak explain neh nak add 3rd party dan lain lain bank.

    ReplyDelete