Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Lama gila aku tak update blog ni, alasan "sibuk".. hehehe.. bersawang dah blog ni macam bilik aku jugak.. kikikiki~
okay, berkaitan dengan tajuk, "Cara menyembuhkan thumbdrive dari virus shortcut".. semalam aku gi print dokumen adik aku kat perpustakaan universiti aku.. ex-university... heheh~ lepas je aku print, aku x tau pulak yang thumbdrive aku dah dijangkiti dengan virus shortcut ni.. balik rumah cucuk kat komputer aku, baru aku sedar yang thumbdrive aku ni dah kene virus.. bila dah kene virus, folder kita akan jadi macam ni..
nasib baek la aku da disable autorun kat pc ni.. sebab virus selalu tersebar sebab kita run dia punya app.. cara nak disable autorun/autoplay ni, aku ada tulis kat --> SINI..
1) okay, jom teruskan cara nak selesai kan masalah ni.. memula cabut thumbdrive korang.. bagi yang dah tak sengaja terklik shortcut folder tu.. korang juga mungkin tak sengaja menginstall virus tu dalam komputer korang.. cuba scan dulu pc korang dengan antivirus.. kalau dah selamat..
2) korang mesti disablekan autorun/autoplay.. dimana untuk mengelakkan komputer korang dari autorunkan virus tu balik..
3) show hidden folder.. folder asal korang telah di hide.. yang shortcut folder korang nampak tu, bukanlah folder korang.. jadi cara untuk nampak hide folder korang tu adalah.. dengan
(klik gambar untuk paparan yang lebih jelas)
- Pergi kat Folder Option dengan klik button Start , pastu Control Panel, pastu klik Appearance and Personalization, pastu klik Folder Options.
- Pastu klik pulak tab View .
- Kat bawah Advanced settings, klik Show hidden files and folders.
- Pastu uncheck Hide protected operating system files (Recommended)
- Pastu klik Apply
4) lepas proses kat atas ni, bila korang masuk My Computer > thumbdrive korang.. korang akan nampak folder asal korang.. tapi, dalam mode hidden la.. dia punya warna tak sepekat warna folder lain yang tak hide.. heheheh.. harap korang faham..
5) jadi macam mana cara nak unhide? nak biar folder tu jadi normal? okay macam ni caranya..
korang copy code ni.. (huruf f: kat kod ni.. gantikan dengan huruf thumbdrive korang.. huruf thumbdrive tu korang boleh tengok kat My Computer)
attrib -s -h -r f:/*.* /s /d
lepas tu.. bukak command prompt korang.. tak tau macam mana nak bukak command prompt? kalau windows selain vista dengan 7, korang gi kat start, nampak run.. klik run tu.. kat kotak nak tulis tu.. taip "cmd" tanpa ".. kalau windows vista dan 7, korang klik start, kat tempat search tu taip "cmd" tanpa " jugak..
lepas dah berjaya bukak command prompt.. nanti akan keluar satu windows screen hitam..
lepas tu, right click dekat screen hitam tu.. pilih paste.. nanti kod yang korang copy tadi, akan paste kat situ.. pastu tekan Enter..
dah tekan.. tunggu la beberapa saat/minit, bergantung pada jumlah folder yang ada.. lepas selesai.. korang pergi balik kat My Computer > thumbdrive korang.. nanti korang tengok folder korang yang hide tu kembali normal..
Selamat Mencuba..
sebarang pertanyaan, sila tinggalkan di komen.. aku akan cuba bantu.. insyaAllah.. ;
attrib is not recognized bla .....
ReplyDeleteHi Hidayah! Boleh terangkan lg masalah awk ni? Betul2 ikut step ni? Sbb kwn2 sy dapat hilangkan virus ni.. :-)
Delete