Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa menda malware ni? Lepas stadi sket.. hehehe ini apa yang boleh dikongsikan..
Selain daripada virus, salah satu ancaman terbesar kepada pengguna komputer di Internet hari ini adalah malware. Mende ni boleh hijack browser korang, redirect carian korang, keluarkan iklan pop-up yang ntah pape, menjejaki laman web yang korang lawati, dan secara amnya malware ini tidak senonoh.. heheh.. Program malware biasanya boleh menyebabkan komputer korang menjadi teramat perlahan dan tidak stabil.
Mungkin ramai yang fikir dorang dah berjaya buang malware ni, tapi harus diingat, ada juga malware yang boleh reinstall balik diri dorang tu.. ehehehe atau menyembunyikan diri dorang jauh ke dalam Windows, menjadikan dorang amat sukar untuk dibersihkan.. Walaupun ianya sejenis malware, secara amnya dapat dikesan oleh anti-virus.
Korang boleh dijangkiti oleh malware dalam beberapa cara. Malware sering datang bersama program lain yang korang download diinternet. Program-program malware biasanya pop-up iklan, menghantar hasil daripada iklan kepada penulis program (untung duit affiliate atau sejenis dgn adsense).. Cara lain ialah malware dipasang di laman web, berpura-pura menjadi perisian yang diperlukan untuk melihat laman web.
Jadi berhati-hatilah ketika diinternet..
No comments:
Post a Comment