Wednesday, August 31, 2011

Macam mana nak guna Maybank Debit Card di Paypal













Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru-baru ni, aku tukar kad maybank aku kepada kad debit, hehe.. tujuannya, aku nak guna kad debit maybank aku untuk akaun paypal aku, cara-caranya langkah demi langkah aku kongsikan kat bawah ni..

Mula-mula log masuk kat paypal punya website dulu..

pastu.. masuk “My Account” > cari “Link and confirm my debit or credit card”

pastu isi form macam kat bawah ni..

















(klik gambar untuk paparan lebih jelas)

pastu klik button “Save and Continue”..

lepas 2-3 hari korang akan dapat 4 digit no paypal... cara nak tengok nombor tu, lepas 2-3 hari, log masuk maybank2u.com.my,

pastu masuk..

“Accounts & Banking” –> view  “Account Details” –> pastu klik “Debit Card History”, nanti dalam tu korang akan nampak 4 nombor paypal korang tu.. format dia lebih kurang macam "PP*1234CODE" 1234 tu la 4 nombor paypal korang..

log balik paypal > "Profile" >"Add/Edit Credit Card", pastu korang dan masukkan 4 nombor tu..

itu sahaje :D

ada masalah boleh pos kat komen.. aku akan cuba bantu.. Smiley

26 comments:

  1. blh sy tny,klau paypal da active,mcm mn nk beli brg dr luar...?rate yg die guna 2 mcm mn ye...?

    ReplyDelete
  2. eh boleh! takda masalah.. tanye je.. cuma saye nak mintak maap awal2, sebab lambat reply.. sibuk sikit.. erm nak beli barang dari luar, selalunya cik kena tau sama ada web yang cik nak beli barang dia tu, menerima bayaran melalui paypal x?

    kalau web tu terima.. masa check out.. sila klik button paypal.. untuk bayar guna paypal..

    nanti dia suruh login.. cik login la paypal.. pastu dorang akan uruskan pembayaran secara selamat..

    pasal rate tu.. boleh baca kat sini..
    https://www.paypal.com/cgi-bin/webscr?cmd=p/sell/mc/mc_convert-outside

    pasal fees (service charge) boleh baca kat sini..
    https://cms.paypal.com/cgi-bin/marketingweb?cmd=_render-content&content_ID=ua/UserAgreement_full&locale.x=en_US#8. Fees.

    kalau ada tak faham lagi, cik boleh tanya lagi.. tenks :D

    ReplyDelete
  3. thanks for the information :) sgt2 membantu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2.. tenks sudi baca.. :-)

      Delete
    2. Maslinda.

      Salam, saya nak bertanya sedikit. Saya ada beli ipad apple . Saya ingin beli program atas talian. Adakah betul saya boleh beli menggunakan kad debit. Bila saya lihat ruangan belian, saya kena masukkan nombor kad dan nombor paswoord. Soalan saya nombor paswoord itu saya dapat cara bagaimana? adakah nombor pin atm kita atau kita kena apply yang lain untuk kad debit?

      Soalan kedua saya. apakah kad debit yang paling mudah.

      Delete
    3. Hye, Maslinda ya nama saudari?

      hehe.. okay macam ni, pertama sekali!

      pembelian atas talian tiada kena mengena dengan no pin ATM.. ingat perkara ni.. no pin ATM jangan sesekali dedahkan diinternet.. sangat bahaya.. saya tak pasti saudari membeli dari website mana, jadi saudari perlu periksa dahulu.. jika website tersebut membolehkan pembelian menggunakan VISA atau tidak, kalau menggunakan VISA, pembelian menggunakan kad debit adalah selalunya dibolehkan.. jadi kaji dahulu method pembayaran.. saudari perlu luangkan lebih masa membaca cara-cara pembelian oleh website tersebut.. jika perlu minta bantuan rakan yang penah membeli melalui atas talian, atau boleh bertanya di forum-forum yang berkaitan..

      jadi kalau dia mintak nombor kad, dan password.. saya tak pasti password apa yang dia mintak tu.. mungkin saudari kena baca dekat ruangan FAQ atau Help mereka.. atau boleh cuba berhubung terus dengan support team mereka.. tapi saya pasti bukan no pin ATM yang perlu diletakkan disitu.. sebab no pin ATM adalah untuk ATM sahaje.. :)

      soalan kedua.. setakat ini.. kad debit Maybank adalah yang mudah bagi saya.. heheh~ lain orang lain pandangan, tapi bagi saya, kad debit Maybank okay aje ;)

      kalau ada soalan lagi atau jawapan saya ada silapnya.. harap dapat pos lagi kat sini.. :) terima kasih..

      Delete
  4. salam admin.

    sy nk buat pembelian atas talian menggunakan debit kad Maybank tapi bila nak bayar selalu tak lepas. dia kata "card bank issue". bila call service centre Maybank diorang kata kad takde masalah.

    then saya cuba pulak guna RHB paypal. masalah yang sama terjadi. Admin rasa sebab apa ye? sebab amount tak cukup ke? saya dh masukkan duit lebih dari rate yg diorang minta. ke sebab ada fee?

    lagi satu mcm mn nk topup akaun paypal menggunakan Maybank? kalau nak bayar direct guna visa tak boleh ke? harap admin boleh membantu. terima kasih

    -Aleeya-
    cadburygirlz@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Aleeya! :)

      sorry lambat menjawab..

      error "card bank issue"? erm.. nak tanye, ini hanya berlaku pada satu kedai online atau pada semua? kalau satu kedai, cuba hubungi support kedai tu..

      kalau semua kedai.. kena periksa balik link paypal dengan debit card kita.. adakah akaun dah "verify".. kalau belum verify, cuba ikut step kat atas.. kalau dah verify, periksa baki dalam akaun, dan berapa harga barang yang nak beli tu.. lepas tu periksa fees dan rates..

      pasal rate tu.. boleh baca kat sini..
      https://www.paypal.com/cgi-bin/webscr?cmd=p/sell/mc/mc_convert-outside

      pasal fees (service charge) boleh baca kat sini..
      https://cms.paypal.com/cgi-bin/marketingweb?cmd=_render-content&content_ID=ua/UserAgreement_full&locale.x=en_US#8. Fees.

      cara nak topup paypal guna Maybank? hehehe~ ni susah jugak nak cerita supaya faham, kena ada gambar.. hihihi.. nanti ada masa saya pos kan kat blog.. mungkin Isnin ni.. sebab tengah sibuk sekarang ni.. :) harap Aleeya tunggu ye.. boleh berhubung dengan saya melalui GTalk atau email ke en.ultimatebot(at)gmail.com kalau nak saya bagi link bila saya da pos pasal cara topup paypal..

      terima kasih Aleeya :)

      Delete
  5. salam.boleh tanya sikit.saya nak topup credits untuk 50 point mudah.my melalui maybank2u tetapi tidak bole.bole bagitau caranya.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm, maaf saya tak berapa nak faham soalan, erm.. mungkin berkaitan dengan ProNiaga ek? saya tak pernah cuba.. mungkin airina boleh berhubungan Mudah untuk penjelasan.. tapi kalau cara nak transfer duit menggunakan maybank2u, boleh dirujuk disini..

      http://ultimatebot.blogspot.com/2013/01/cara-nak-transfer-duit-maybank2u.html

      Delete
  6. salam. nak tanya. kalau ada orang dr luar nak beli lori than payment die nk guna paypal.. agak2 selamat tak?
    saye kurang yakin..tkt ada mslah2 lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba encik baca artikel ini dulu.. :- http://safeandsavvy.f-secure.com/2013/03/05/37-ways-to-mess-up-a-paypal-scam/

      mungkin berkaitan..

      Delete
  7. Kalau nak guna maybank debit card, habis tu kena select card apa dekat options tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. select card dekat options? card type ek? pilih VISA kalau guna maybank debit card..

      Delete
  8. hi cik,

    saya dah active paypal baru je..tapi sempat byr satu barang je..lepas nak bayar barang yang seterusnya..paypal mintak saya upgrade atau guna kad lain?kenapa ye cik..

    ReplyDelete
  9. hi cik.
    macam ni dia naik kt paypal account saya.To complete this payment, add another debit or credit card to your PayPal account or Update your Credit Card or Debit Card
    sekarang macam mana saya nk buat ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa encik belum buat langkah seperti langkah diatas..

      Delete
  10. salam admin... bile kite dapat tgk "PP*1234CODE" 1234... sye tgk duit dlm account saya suda tolak tapi.. saya masih tidak dapat tgk "PP*1234CODE" 1234 <.< mintk tolong infom

    ReplyDelete
    Replies
    1. seperti yang saya tulis dalam artikel kat atas, masa diambil dalam masa 2-3 hari..

      selepas 2-3 hari sila semak email anda semula.. kalau takda dalam inbox, check dekat spam.. kalau takda juga.. cuba hari ke -4.. kalau masih tak dapat.. sila bagitau pada pihak paypal.. mereka akan membantu.. :)

      Delete
  11. salam admin,
    akaun paypal saya dh verify & dh linkkan dngan maybank..tapi baru2 ni saya tukar kad debit maybank yg baru..
    saya try buat pembayaran mlalui paypal dngan guna duit dalam akaun maybank saya sbab fund dalam akaun paypal saya x ckup tapi dia kluar mcam ni “This credit card has been denied by the bank that issued your credit card. For details on why your card was denied, please contact your credit card issuer’s customer service department. Or, you may want to try adding a different credit card.”
    then saya add maklumat kad debit baru ni dekat setting akaun paypal...
    lpas dah add yg baru dh bole buat payment tu..

    soalan saya-->perlu ke saya link kan balik kad debit baru ni dngan paypal & maybank?
    bole ke saya withdraw duit dalam akaun paypal saya kalau saya x link kan kad debit maybank baru saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tengok error tu, saya rasa kad lama tu macam dah tak aktif, kalau aktif, memang saudara kena pergi ke maybank untuk dapatkan bantuan..

      misal kata memang tak aktif, saudara perlu link semua kad debit baru dengan paypal..

      untuk withdraw ada 3 method.. satu bank transfer, paypal mastercard dan cek dari paypal.. jadi kalau saudara nak withdraw tanpa link kan dengan bank, boleh cuba cara cek.. tapi lambat la, dengar orang cerita sampai 2-3 bulan jugak nak terima cek tu.. harap menjawab..

      Delete
  12. Salam admin,

    Nak tanye skit, saya ada bukak akaun paypal dan linkkan dengan kad debit maybank .... dan paypal sudah verified ....

    yang jadi masalah, bile nak buat payment (sent payment), statement nie kuar "Sorry, we can't complete this transaction right now. Please finish the card confirmation process first, then try this payment again." tapi bile tekan link tu, tetap dia kuar page add debit or credit card .... padahal saya dah verified.

    soalan saya: selepas comfirmkan kad debit tu (masuk 4 digit), adakah saya perlu tunggu untuk tempoh masa tertentu untuk kad tu boleh digunakan ??

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau status dah verify, boleh guna terus..

      untuk problem ni, apa kata kalau encik/cik cuba clear cache&cookies browser dulu pastu restart pc.. lepas tu bukak balik dan try.. kalau masih ada masalah, encik/cik boleh berhubung dengan customer service dorang.. --> https://www.paypal.com/us/webapps/helpcenter/helphub/home/

      psst, kalau dah selesai, harap dapat komen dekat sini cara selesaikannye.. hehehe.. sbb problem ni agak rare jugak.. :) boleh kongsi dgn kawan2 yang lain..

      Delete
  13. Salam, mcm mana kita nak confrimkan alamat kita dekat paypal? Mcm mana kita nak tahu alamat tu sudah di confirm?

    Kerana sy nak beli barang. Tp seller taknak send invoice sbbkan dia kata alamat sy tidak confirm. Harap boleh bantu. Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat gila reply, tengah sibuk banyak job musim cuti ni.. hahaha.. maaf yer.. herm.. kalau bab ni banyak nak diterangkan, tapi harap artikel ni dapat membantu --> https://www.paypal.com/webapps/helpcenter/article/?solutionId=10153&m=SRE

      Delete
  14. klu org nk beli brg dekat kita, nk bg no acc yg mana ye

    ReplyDelete