Monday, October 21, 2013

Software percuma untuk edit video

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni aku nak kongsikan apa software percuma untuk edit video.. Sememangnya software yang taraf professional harganya sangat mahal.. melainkan kalau korang download.. heheh.. Tapi bagi mereka yang saja-saja nak edit video simple-simple, mereka boleh menggunakan software percuma yang disenaraikan dibawah ini..

( Maaf sebab tak review satu-satu produk, sebab aku taknak la review tanpa pernah guna.. setakat copy paste bek tak payah kan.. heheheh jadi kalau sesapa yang ada pengalaman guna mana-mana software kat bawah ni, boleh kongsikan dekat ruangan komen.. terima kasih!!! )

1. Windows Movie Maker

2. Kate's Video Toolkit

3. Avidemux

4. VSDC Free Video Editor

5. MPEG Streamclip 1.2.1b6

6. VirtualDub

7. Free Video Dub

8. Lightworks

9. Freemake Video Converter


---------------------------






Secara peribadi aku lebih selesa menggunakan Windows Movie Maker, sebab memang dah ada dalam Windows aku, dan cara penggunaannya yang sangat mudah, semudah ABC, korang boleh jumpa tutorial berkaitan dalam bentuk video di Youtube




Walaubagaimanapun, dari pembacaan aku, Lightworks merupakan software percuma yang paling baik diantara semua, tetapi memerlukan masa untuk mempelajarinya, untuk pengetahuan Lightworks juga pernah digunakan dalam membantu kerja-kerja editing filem Hollywood seperti Mission Impossible dan Batman.. heheh~ ;)

Kalau ada sebarang soalan boleh kemukakan di komen.. terima kasih..


2 comments:

  1. Wah, terima kasih kerana berkongsi. Tidak sia-sia aku klik komen anda di Amanz. +1 follow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama dan terima kasih Salazryl!! ngeh3..

      Delete