Wednesday, October 23, 2013

Masalah install VLC "Unable to elevate, error 1814"



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini aku nak kongsikan cara untuk selesaikan masalah masa install VLC iaitu "unable to elevate, error 1814".. masalah ini berlaku pada mereka yang menggunakan windows ketika nak install VLC pada windows mereka.. Aku pun dulu selalu kena jadi sebab malas nak google, aku pun pakai je la VLC lama.. sampai satu tahap tengok VLC baru dekat Mac aku macam best rasa kesian pulak dekat Windows (Windows 7), jadi aku pun google la.. heheh.. dan ianya berkesan.. meh aku kongsikan caranya..

Ketika nak install ada keluar error macam kat bawah ni..



 Jadi caranya adalah dengan klik kanan pada file installer tu, dan pilih "Run as administrator" macam gambar dekat bawah ni..



Heheh.. siapa sangka cara dia senang gilakan? lepas dah jumpa baru tau.. hehehe.. jangan lupa datang singgah lagi.. kalau ada sebarang masalah berkaitan pos la dekat komen ye.. :D




No comments:

Post a Comment