Saturday, December 1, 2012

Macam mana nak tambah nilai di Maybank2u (bergambar) ?



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni aku nak kongsi pasal cara nak tambah nilai prepaid telefon bimbit di Maybank2u.. sebab kadang-kadang duit ada kat sini je, jadi aku selalu la jugak reload kat sini.. harap dapat membantu mereka yang memerlukan..

Jadi terus kepada macam mana nak tambah nilai prepaid telefon bimbit di Maybank2u..

Peringatan!! Cara ini untuk mereka yang sudah mempunyai akaun Maybank2u, jika masih belum ada, sila pergi ke kaunter Maybank untuk mendapatkan bantuan..

p/s:- klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.. 

untuk cara macam mana nak transfer duit dalam Maybank2u KLIK SINI


okay mari teruskan..


1) lawat ke maybank2u.com.my, pastikan url anda betul masa melawati website ini.. kerana ditakuti anda dipancing ke website yang salah..



2) klik button "login"



3) masukkan username.. pastu tekan "next"


4) lepas masukkan password, nanti dia login, lepas tu cari "Buy Online" seperti dalam gambar dibawah, dan klik padanya..


5) lepas tu dia akan bawa ke page baru, pilih "Instant prepaid top up" macam kat gambar dibawah..


6) macam aku pengguna Celcom, jadi aku pilih celcom untuk "corporation name" sebelum aku tekan "continue"


7) Lepas tu pilih lagi, yang patut.. contoh berapa nilai, dari akaun mana, nak ke nombor mana, sebelum tekan butang "continue"..


8) lepas tu pilih "request a TAC number", seperti gambar dibawah ini, ini adalah untuk tujuan keselamatan.. nombor TAC ini akan dihantar ke telefon bimbit yang anda daftarkan untuk maybank2u.. lepas tu tekan button "confirm", untuk pengesahkan yang terakhir..


9) tahniah, jika tiada masalah, anda akan dibawah ke page seperti dibawah ini..


Jika terdapat sebarang masalah, boleh dikemukakan diruangan komen, aku akan cuba jawab.. tapi lebih bagus untuk topik ini anda pergi ke Maybank terus untuk bertanya bagi mendapatkan bantuan terus,

untuk talian hotline Maybank : 1-300-88-6688
jika anda berada diluar negara : 603-7844 3696

harap membantu.. Yay!


1 comment:

  1. mmm, kena tanya dengan maybank tentang hal ini, saya tak dapat nak tolong.. maaf ya Zana.. :(

    ReplyDelete