Friday, November 23, 2012

Cara buka tab yang ditutup di Google Chrome



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ni aku nak kongsi cara nak buka balik tab yang tertutup di Google Chrome, mungkin korang tak sengaja tertutup browser korang masa tengah bukak banyak tab dekat Google Chrome (macam aku selalu buat).. hehehe~ dan rasa macam malas nak ingat balik satu-satu tab yang korang tertutup tu..

Cara biasa kalau kita tak tertutup semua, cuma satu tab, kita boleh tekan Ctrl+Shift+T kalau guna kat Mac, korang cuma perlu tekan command+Shift+T je.. nanti dia akan bukak balik tab korang tu..

walaubagaimana pun, macam mana kalau korang tertutup semua tab? sebab, tak sengaja terpangkah browser? heheh~ jadi macam ni caranya..

Cara yang pertama..


klik new tab, nanti ada kat belah kanan bawah "Recently closed", klik situ.. :)

Cara yang kedua pulak..


klik kanan kat tab atas tu, nanti ada keluar senarai untuk "Reopen closed tab",klik, nanti dia bukak balik tab tu..

Kalau pengguna Mac pulak, korang boleh..


pergi kat file, nanti akan keluar senarai untuk "Reopen closed tab",klik, nanti dia bukak balik tab tu..

Itu aje, kalau ada soalan atau cara lain, boleh pos dekat komen ek.. terima kasih kerana membaca..


No comments:

Post a Comment