Sunday, December 23, 2012

Apa itu root ?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Apa itu root ? root komputer ? computer root ?

Akhir tahun yang cukup sibuk.. huhuhu~ banyak web yang aku nak kena maintain, dan banyak kenduri kawen yang aku nak kena shoot.. mungkin boleh kata rezeki akhir tahun.. syukur.. jadi maaf kalau memang susah aku nak update selalu blog ni..

Ada seorang kawan ni komen dekat sini (khairul aswad nama dia), tanya apa itu root? jadi untuk membalas soalan dia, yang mungkin sama dengan soalan2 pembaca.. aku rasa bagus jugak aku tulis satu pos untuk menjawab.. mungkin dengan melihat gambar diatas cukup untuk menjawab soalan ni bagi yang faham.. tapi aku akan cuba terangkan sikit lagi, supaya dapat jelaskan lagi secara ringkasnya..


Root ni adalah merupakan istilah komputer yang orang-orang kadang2 tersalah sangka dengan akar pokok dan root beer.. hehe~ tapi ada kaitan sikit la.. bila ianya melibatkan dasar.. :)

Root adalah sebenarnya merujuk kepada struktur direktori (top-level directory) untuk file system. Sebagai contoh didalam PC Windows, "C:\" merupakan root directory bagi drive C. Kalau dalam web server, root directory biasanya hanya menggunakan slash "/", jadi dalam sistem Unix, kita boleh taip "cd /" (change directory untuk ke root) untuk ke root directory.

Kalau pengguna linux atau OS Unix, root juga merupakan kata lain nama pengguna yang mempunyai akses root account, root user dan superuser. Sementara pengguna lain hanya boleh meng-akses direktori mereka sahaja seperti "/www/users/~ultimatebot/", root user dibenarkan untuk mengakses semua direktori yang dibawah mereka tanpa perlu mintak izin pun.. itu sebab hacker suka guna perkataan " you got root? " heheh~

harap menjawab persoalan :-D

sebarang soalan berkaitan, boleh pos dekat komen.. kalau tau aku cuba jawab.. terima kasih membaca ek.. hehehe~


2 comments: