Monday, January 7, 2013

Apa beza sleep dengan hibernate ?




Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Apa beza komputer sleep dengan hibernate ? hehehe~ ni soalan yang bermain kat fikiran aku, tapi aku tak pernah tanya.. sehinggalah aku membuat keputusan untuk amik tau.. jadi meh aku kongsikan..

sebelum tu aku nak ucapkan selamat tahun baru.. walaupun dah seminggu berlalu.. heheh.. azam tahun ni, aku nak jadi baik.. lebih baik dari sebelum-sebelum ni.. dan luaskan empayar ilmu aku.. semoga Tuhan mengizin dan membantu aku.. :)..




okay berbalik kepada persoalan..

Sleep ialah langkah menjimatkan kuasa elektrik, komputer akan berhenti buat perkara yang dia tengah buat.. contoh macam DVD player tengah play.. dia pause.. boleh sambung guna komputer dalam beberapa saat je (kira tak payah nak biar komputer load barang2 startup), semua tu disimpan dalam RAM.

Hibernate pun juga langkah menjimatkan kuasa elektrik, tapi langkah paling menjimatkan.. sebab dia tak guna RAM, dia simpan semua yang kita tengah guna dalam harddisk, dan terus tidur separuh sedar.. jadi bila nak guna balik dia akan panggil balik file yang last kita guna.. fungsi ni selalu berguna untuk pengguna laptop.. jimat bateri.. yang ni pun tak payah nak biar komputer load barang2 startup.

kesimpulan, sleep cepat sikit dari hibernate bila bab nak bukak balik, tapi guna lebih kuasa elektrik berbanding hibernate.. cuma hibernate lambat sikit la.. :)

untuk lebih kefahaman, korang boleh test kat komputer korang.. heheh~

jadi macam mana nak kejutkan dorang? masa dorang tidur/hibernasi?

lain komputer lain cara, ada yang kena tekan button on, ada yang boleh tekan keyboard aje, ada yang kena klik mouse.. ada laptop cuma perlu buka skrin aje.. jadi periksa korang punya buku manual ke atau eksperimen.. hehe

harap membantu.. kalau ada soalan sila pos dekat komen.. in-sha-Allah aku cuba bantu.. terima kasih membaca..


No comments:

Post a Comment