Tuesday, October 2, 2012

Apa itu search engine / enjin carian ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Apa itu search engine / enjin carian ? Aku akan kongsikan maksud dia dengan cara yang aku faham dan memudahkan korang untuk faham.. hehehe~ kalau mudah lah kan.. kalau masih tak faham, jangan risau, boleh je pos dekat komen, aku akan bantu..

Agak lama jugak aku tak update blog ni, serius sibuk gila sejak kebelakangan ni, hahaha~ sabtu ahad pun kerja, tapi aku dah nekad, aku akan cuba jugak pos selalu lepas ni.. mari kita sama-sama saksikan.. heheh..

okay bosan kan aku membebel.. jom aku kongsikan maksud search engine atau enjin carian dalam Bahasa Melayu nya..

Search engine atau enjin carian ini adalah satu program yang dibina untuk mengumpul data dari dokumen, pengkalan data (database), jaringan (network), atau dari data itu sendiri.. dalam komputer korang misalnya, ada satu search engine untuk mencari dokumen dalam komputer anda.. selalunya orang akan mengaitkan search engine ini dengan internet, kalau berkaitan dengan internet pula, search engine seperti Google, Yahoo!, Bing dan lain-lain bertindak sama juga seperti yang ada pada komputer anda, cumanya mereka ini lebih khusus untuk mencari perkara-perkara yang berada di talian iaitu ada didalam website..

Search engine seperti Google ini mempunyai program bot/spider.. bertindak seperti labah-labah yang akan melawat kesetiap website dan menyimpan data-data, jadi jika korang mencari "apa itu search engine" di Google dan menjumpai blog ini, bermakna labah-labah Google telah singgah disini dan mengambil data tentang blog ini..

Sememangnya search engine seperti Google sangat hebat kerana dapat memberikan hasil carian kepada korang yang dikumpul dari berbillion website dengan masa yang sangat singkat.. hehehe~

Ini sedikit sebanyak yang aku boleh kongsikan kat korang.. kalau ada sebarang masalah, atau soalan boleh pos dekat komen.. insyaAllah aku akan cuba jawab..


No comments:

Post a Comment