Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Beberapa bulan yang lepas, Asus Transformer aku tak boleh charge.. Aku pakai model ASUS Transformer TF101.. Jadi ada macam-macam teknik yang aku jumpa kat internet, ada yang cakap masukkan charger dalam freezer la.. dan macam-macam lagi..
Tapi aku tak buat la cara-cara macam tu, hahaha! sebab aku rasa sementara dalam waranti ini, baik aku hantar untuk diganti terus bahagian-bahagian yang rosak.. kan? hehehe~
Cara aku, adalah siasat, dimanakah puncanya.. mula-mula aku install Dual Battery Widget punya apps dari Google Play.. Apps ni nak tau berapa bateri yang tinggal dekat tablet dan dock (yang keyboard tu) aku..
lepas tu aku check charger aku.. cuba charge tablet aku yang dipasang pada dock dahulu, tengok dekat Dual Battery Widget tu, tengok sama ada elektrik masuk tak.. kalau ada gambar petir, dekat dock sahaja, dekat tablet takda, maksudnya, dia hanya charge dock, tidak tablet, begitu juga sebaliknya..
lepas tu aku cuba charge tablet aku aja.. takde dock.. untuk mendapatkan kepastian..
lepas korang buat beberapa eksperimen ni, korang akan dapat tau, mana yang rosak.. ini untuk persediaan pada diri korang, supaya korang tau situasi semasa korang.. kalau pergi kedai, takut-takut kena tipu pulak kan? hehehe~
Aku punya masih dalam waranti, untuk kes aku, dock aku yang problem, bateri problem.. lepas tu dorang ganti dengan bateri yang baru.. dan aku dapat balik selepas hampir 2 minggu, aku hantar terus dekat ASUS Center di Plaza Low Yat (tingkat atas sekali rasanya, dihadapan pintu keluar Thunder Match), bagi yang di luar Kuala Lumpur, cuba hubungi ASUS Malaysia, untuk mengetahui bagaimana masalah korang dapat diselesaikan..
Di talian :
0362795077 10:00 pagi - 7:00 petang Isnin hingga Jumaat..
Aku harap info ini berguna bagi kawan-kawan yang menggunakan ASUS Transformer.. Ada soalan? boleh pos dekat komen, aku akan cuba jawab..
salam...saya ada masalah dengan asus zenfone 5, xboley nak cas juga, tapi kalau hp dalam keadaan On, cas xleh masok dan kalau hp off, baru cas dapat masok...mcm mana tu...kekekeke..tq!
ReplyDelete