Sunday, June 26, 2011

Tutorial PHP : Sejarah dan pengenalan kepada PHP
















Assalamualaikum dan salam sejahtera, :-)

Terima kasih sebab sudi datang singgah sini untuk perkongsian ilmu berikutnya,
Aku nak terangkan apa itu PHP..

Sejarah PHP


PHP mendapat nama dari penciptanya Ramus Lerdorf (1995) yang merupakan singkatan bagi "Personal Home Page". Ianya dicipta oleh Lerdorf menggunakan bahasa Perl untuk memudahkannya mencapai biodata dan pengalaman beliau secara online.

Lerdorf telah menggunakan bahasa C menggantikan Perl kerana ingin menambahkan lagi fungsi PHP, dan telah menyebarkan kod itu kepada orang ramai supaya dapat digunakan sambil membantu menaik taraf PHP, disinilah ianya dikenali sebagai PHP/FI.

PHP/FI adalah fungi asas PHP yang digunakan hari ini. Ianya dilancarkan secara rasmi pada November 1997. Beberapa bulan selepas itu, PHP 3.0 dibangunkan bersama-sama dengan 2 orang pelajar universiti, iaitu Andi Gutmans dan Zeev Suraski, tetapi mula menarik minat pembangun perisian lain. PHP 3.0 mempunyai ciri yang telah dikembangkan, boleh digunakan dengan banyak jenis database, protokol dan "Application Programming Interface".

Semasa ini, PHP diberi nama baru "PHP: Hypertext Preprosessor". PHP 3.0 dilancarkan pada Jun 1998. Diikuti pada Mei 2009 dengan pelancaran PHP 4.0 yang dilengkapi ciri-ciri baru pada Enjin Zend. PHP 5.0 telah dilancarkan pada Julai 2004 yang telah diperbaharui dengan Zend 2.0 dengan pengenalan model objek yang baru dan beberapa ciri - ciri baru.

Klik link dibawah untuk mengetahui keperluan sebelum memulakan pengaturacaraan PHP.


>>Keperluan sebelum memulakan PHP.

No comments:

Post a Comment