Tuesday, September 28, 2010

5 Sebab yang boleh mengakibatkan Google mengharamkan (banned) akaun adsense korang.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mesti ada diantara korang yang ingin mencuba Google Adsense di blog atau web korang, jadi baik korang amik tau dulu perkara-perkara yang mungkin akan menyebabkan akaun korang diharamkan(banned).

Kat bawah ni aku senaraikan 5 yang aku jumpa semasa mencari di Google.. hehehe..


1. Klik iklan adsense sendiri, suruh kawan-kawan klik atau skrip automatik dan program menggunakan proksi untuk klik iklan korang, hehe.. korang tentu-tentu akan di haramkan(banned). Ramai yang rasa dorang boleh lepas, tapi tidak dengan kepakaran Google. Hehe..

2. Kalau korang ada banyak sangat iklan berbanding isi kandungan (pos), korang akan menggalakkan peningkatan CTR yang akan memanggil Google untuk menapis website korang secara manual dan akaun korang… psst.. akan diharamkan (banned). CTR yang normal biasanya diantara 0.05% hingga 10%. Dan biasanya 3 iklan adsense sahaja dibenarkan dalam satu-satu muka surat (page).

3. Kalau korang melanggar polisi Google adsense dengan menyorokkan iklan, meletakkan iklan ditempat yang tidak sepatutnya, website korang mengandungi pos yang tidak asli, bukan sahaja akaun adsense korang akan diharamkan(banned), dengan website-website korang sekali akan diharamkan(banned).

4. Kalau korang memohon lebih dari satu akaun adsense korang pon boleh akan menggalakkan pengharaman(banned) terhadap akaun korang, satu akaun boleh digunakkan di 100 blog yang berasingan.

5. Kalau Google tengok website korang macam takde orang datang je.. tu pon boleh menggundang kepada pengharaman(banned) akaun korang.


Kalau korang ada lagi yang aku tak cakap kat sini, meh la kongsi...
Terima kasih sebab sudi meluangkan masa kat blog ni... hehe.. semoga korang ceria-ceria selalu.. rajin2 la datang lagi yer :D




2 comments:

  1. sama2 lulu.. teringat kartun masa kecik2 dulu.. little lulu tajuk kartun tu.. comel je..

    ReplyDelete