Sunday, September 26, 2010

Apa itu linux ?




















Tux merupakan seekor penguin dan juga maskot rasmi linux.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :)

Hari ini aku nak kongsi dengan korang apa itu linux, dalam penerangan yang agak ringkas dan mudah difahami.. :D

Linux disebut "Lin-naks". Adalah merupakan salah satu jenis operating systems, dan semestinya menggunakan Linux kernel dan dari situ lah nama Linux itu diperolehi. Linux dibangunkan/diubahsuai oleh penggiat-penggiat dunia open source di seluruh dunia dibawah GNU General Public License atau lain-lain lesen percuma. Selalu nya Linux ini digunakan sebagai operating system untuk server. Ianya mudah untuk di install di mana-mana pc, tidak memerlukan spesifikasi hardware yang tinggi.

Linux kernel pada asalnya telah ditulis oleh Linus Torvalds, dan semua komponen(libraries,utilities, desktop environment, dll) didalam Linux itu, di gabungkan dengan nama GNU operating system, yang telah dibangunkan oleh Richard Stallman. Dalam pembinaan GNU ianya akan sentiasa berkait rapat dengan Free Software Foundation atau nama lainnya Gnu/Linux.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini..

Jangan lupa datang singgah lagi..

Semoga hari korang indah hari ini.. ;)

No comments:

Post a Comment