Monday, October 14, 2013

Apa itu fail rar dan cara untuk guna atau buka ?



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni aku nak cerita apa itu fail rar dan cara untuk guna atau buka fail rar..



Apa itu Rar ?


Rar adalah merupakan satu cara untuk mengecilkan saiz sesuatu fail/folder dengan extension .rar (dot rar).. Ia dibina oleh software engineer dari Rusia, Eugene Roshal (nama Rar diambil sempena Roshal ARchive), buat masa ini software ini dilesenkan dibawah win.rar GmbH. Fail yang sebenar ada didalam "namafolder.rar" tersebut. Untuk memasukkan fail kedalam satu folder rar dan cara untuk mengeluarkan fail dari folder rar, adalah seperti dibawah ini..

Korang mesti install software yang membolehkan untuk korang buka atau compress fail dalam bentuk rar, ada macam-macam software, tapi aku suka guna WinRAR, korang boleh dapatkan diSINI..

Cara untuk Rar fail atau folder

Pilih beberapa fail yang ingin di "rar" kan, dan klik kanan, kemudian pilih "Add to "Test Folder.rar" seperti gambar dibawah ini..



Cara untuk mengeluarkan fail atau folder dari fail rar

Klik kanan pada fail atau folder yang telah di"rar" tersebut, dan pilih "Extract Here" atau "Extract to Namafolder", pilih mana yang kena dengan kehendak korang, seperti dalam gambar dibawah ..



Itu aje.. sebarang soalan boleh pos dekat komen.. atau sebarang pendapat pun boleh pos jugak.. hehe.. datang lagi..


2 comments:

  1. salam..pendrive yg kena virus mmg msuk winRAR ek?
    n mcm ne nk repair lik smua folder jd mcm biasa??
    tlg ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba tengok post yang ini.. harap membantu.. -->

      http://ultimatebot.blogspot.com/2012/03/cara-menyembuhkan-thumbdrive-dari-virus.html

      Delete