Tuesday, November 6, 2012

Macam mana nak print screen komputer ?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Kali ni aku nak kongsi cara macam mana nak print screen dekat komputer windows dan mac.. Atau kata lain print screen ni, screen capture, sama je dedua.. Mungkin lain kali aku kongsi cara nak print screen dekat telefon pintar pulak.. Cara nak print screen ni ada banyak sebenarnya.. ada jugak software/freeware kat luar sana yang boleh dimuat turun secara percuma untuk print screen, tapi cara yang aku nak ajar ni, cara yang aku selalu buat..

Cara nak print screen dekat komputer Windows.. caranya mudah saje..

kalau korang perasan dekat keyboard korang ada tulis print screen macam kat gambar bawah ni..


Tekan kat keyboard korang print screen punya button.. lepas tu.. kalau ada photoshop / microsoft word / powerpoint, korang boleh terus paste kat situ, dengan tekan ctrl dan v serentak iaitu singkatan untuk paste..

tapi aku selalu guna MS Paint kalau nak cepat.. kalau nak betul, baru aku paste dekat photoshop.. lagipun semua komputer Windows ada software MS Paint ni..




Untuk Mac pulak, kalau korang tengok kat keyboard, memang takda button print screen macam keyboard Windows, jadi korang kena tekan ⌘ dan Shift dan 3 macam gambar kat bawah ni..



lepas tekan ⌘ dan Shift dan 3 serentak.. nanti cursor korang akan bertukar jadi tanda +.. pilih kawasan mana yang korang nak print screen dengan tarik tanda + meliputi kawasan yang korang nak print screen.. lepas tu, nanti dia akan save yang korang print screen tu dekat desktop korang.. selalunya dengan nama "Picture_%nombor%".. 

senang sikitkan dari Windows, tak payah nak bukak MS Paint.. hihihi.. 

Harap bermanfaat.. 

Ada sebarang soalan berkaitan? boleh pos dekat komen.. Terima kasih! 


No comments:

Post a Comment