Tuesday, December 7, 2010

Macam mana nak beli game kat steam ?


















Assalamualaikum dan salam sejahtera :-D

Selalunya gamers ni akan cakap, “aku nak beli steam..” selalunya la.. :-)

Tapi korang tau tak apa itu steam sebenarnya? Steam (dalam soal game) ni adalah merupakan satu software yang dibina oleh Valve Corporation untuk pengedaran digital, pengendalian hak digital, platform komunikasi dengan gamer lain. Steam ni untuk membekalkan game dan media-media online lain yang dihasilkan dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besar pembikin software atau game. Steam ni jugak akan update game korang secara automatik dan korang boleh berkomuniti dan chat, sama ada nak chat guna suara atau pun taip-menaip.. hehe.. dan yang pentingnya.. ianya percuma untuk download kat sini.. à http://store.steampowered.com/about/

Jadi kalau orang tu cakap dia nak beli steam.. hehe.. cakap kat dia.. benda tu boleh dapat percuma aja.. Cumanya aku faham.. sebenarnya dorang nak beli game original.. bukan steam tu.. maafkan dorang, dorang tak tau :-)

Jadi berbalik kepada topik kita.. Macam mana nak beli game kat steam ?

Pertama sekali… korang perlukan..

  • Sebuah pc dengan windows (XP dan keatas).. atau mac (OS X version Leopard 10.5.8, Snow Leopard 10.6.3, dan keatas)
  • Internet connection kalau boleh biar yang laju sikit.. broadband dan keatas.. sebabnya? Korang nanti nak kena download benda.
  • RAM biar 512mb keatas.
  •  Processor tu pun kalau boleh 1Ghz dan keatas.
  • Pastikan 1GB hard disk korang disediakan untuk steam ni..
  • Paypal/VISA/Mastercard/American Express/Discover/JCB/Clickandbuy (aku cadangkan korang buat VISA debit card )

Okay dah cukup semuanya?
Jom beli..
Cara – caranya..
  1. Korang pergi kat http://store.steampowered.com/about/ kat belah kanan atas ada button untuk download steam, download dulu steam tu.. pastu install.. kepada yang dah install, boleh skip langkah ni..
  2. Korang kene create account, untuk buat ni.. pastikan korang ada akaun emel yang sah.. dan tolong ingat username dan password korang (langkah keselamatan, jangan pernah bgtau orang username ngan password korang..)
  3. Lepas korang da create account, korang nanti boleh log in dalam akaun steam client korang.. korang boleh cari game yang korang nak beli tu kat page STORE kat ruangan “search” kat belah kanan atas tu.. Lepas da jumpa game yang korang nak tu..
  4. Korang scroll kat bawah sikit, korang akan nampak button ADD TO CART, button warna hijau, sebelah tanda harga. Klik button tu, kalau korang nak beli.
  5. Lepas klik tu, nanti dia bawak korang kat page shopping cart korang, pastu ada 2 button lagi kat situ.. korang nak beli sebagai hadiah atau untuk diri sendiri. Kalau korang pilih hadiah, nanti korang boleh lah nak bagi melalui emel atau melalui steam, untuk melalui steam, korang kena ada akaun steam dulu, baru boleh bagi hadiah melalui steam.. tapi kat sini aku ajar cara nak beli untuk diri sendiri.. jadi korang yang klik button PURCHASE FOR MYSELF, boleh teruskan mengikuti tutorial ni..
  6. Bila korang da klik button PURCHASE FOR MYSELF, korang akan nampak form yang korang kene isi..  isi boring ni.. lepas tu nanti korang boleh download game tu.. tunggu sampai game tu habis download, kelajuan bergantung pada kelajuan internet korang..
  7. Lepas download, korang pergi kat steam client korang, gi kat page LIBRARY, pastu pilih Games kat bawah tab LIBRARY tu, tengok game yang korang da download tu, dan ada button INSTALL, klik tu.. dia akan install.. dan lepas tu korang boleh main game tu.. heheh!
Gambar rujukan yang mungkin dapat membantu..





Selamat mencuba!!

2 comments: