Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Dalam mencari nama domain untuk projek terbaru aku dan kawan-kawan aku, sekali lagi aku telah menggunakan google untuk membantu kami dalam membuat keputusan.. dan diantara yang aku dapat kongsi dengan korang adalah 8 perkara penting semasa memilih nama domain website korang.
Bagi yang tak tau apa itu nama domain? boleh baca DISINI..
Kalau korang berminat untuk membeli hosting/domain, boleh beli disini :- penyedia hosting
Bagi yang tak tau apa itu nama domain? boleh baca DISINI..
Kalau korang berminat untuk membeli hosting/domain, boleh beli disini :- penyedia hosting
berikut adalah perkara-perkara yang berkaitan :-
1. Nama domain yang pendek dan singkat.
- maknanya jangan la guna domain yang panjang berjela-jela, macam namadomainyangsangatsuai.com.
2. Nama domain yang mudah diingat.
- nama domain macam namadomain.com lebih mudah diingat berbanding namadomainyangsangatsuai.com.
3. Nama domain yang mudah dieja dan disebut.
- macam dua.com lebih mudah disebut dan dieja berbanding doowaa.com
4. Nama domain yang berakhir dengan .com
- memang bagi sesetengah perkara macam universiti atau badan-badan lain lebih sesuai dengan .com.my @ edu.my @ gov.my dan lain-lain.
5. Nama domain yang bermakna
- nama macam jualtanah.com lebih bermakna dari lelakiini.com jika korang berniat untuk menjual tanah.
6. Nama domain yang sesuai sebagai jenama
- macam yahoo.com @ google.com @ flickr.com walaupun tidak memberi makna langsung pada web mereka, tetapi telah berjaya menjadi satu jenama. Untuk ianya menjadi satu jenama, web korang mestilah unik dan menarik.. hehehe.. pastu kene kuat iklankan.. baru jenama boleh naik..
7. Nama domain yang tak mengandungi nombor atau hyphen "-"
- nama domain macam car2u.com atau car-to-you.com memang sukar untuk ditaip balik jika ianya disampaikan dengan mulut.
8. Nama domain yang mudah untuk dipelajari
- nama domain yang mudah dipelajari macam car2u.com kalau korang berdegil nak guna, tidak menjadi masalah kerana selepas ini, pengunjung sudah mempelajari nama domain korang tu, mudah kan nak belajar, berbanding dengan moooooomeeeeyaaa.com orang pun susah nak ingat berapa huruf oo ee dan aa ..
Sebenarnya setiap dari 8 perkara ini dapat diatasi jika strategi korang tu betul macam, mengiklankan dan mempublisitikan domain korang supaya menjadi familiar, dan satu perkara penting yang lain ialah, isi kandungan web korang tu, kalau bagus jangan risau, orang akan berusaha untuk mengingat dan bookmark web korang tu..
Kalau korang berminat untuk membeli hosting/domain, boleh beli disini :- penyedia hosting
Kalau korang berminat untuk membeli hosting/domain, boleh beli disini :- penyedia hosting
Erm.. mungkin ada dikalangan korang yang baca tulisan aku ni tak berapa paham apa yang aku cuba sampaikan.. korang boleh pos komen, aku akan cuba terangkan.. dan bagi kawan-kawan yang ada idea@ilmu berkaitan dengan pos ni, bolehlah berkongsi dengan aku harapnya..
terima kasih kerana meluangkan masa disini..
No comments:
Post a Comment