Showing posts with label Linux. Show all posts
Showing posts with label Linux. Show all posts

Sunday, December 23, 2012

Apa itu root ?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Apa itu root ? root komputer ? computer root ?

Akhir tahun yang cukup sibuk.. huhuhu~ banyak web yang aku nak kena maintain, dan banyak kenduri kawen yang aku nak kena shoot.. mungkin boleh kata rezeki akhir tahun.. syukur.. jadi maaf kalau memang susah aku nak update selalu blog ni..

Ada seorang kawan ni komen dekat sini (khairul aswad nama dia), tanya apa itu root? jadi untuk membalas soalan dia, yang mungkin sama dengan soalan2 pembaca.. aku rasa bagus jugak aku tulis satu pos untuk menjawab.. mungkin dengan melihat gambar diatas cukup untuk menjawab soalan ni bagi yang faham.. tapi aku akan cuba terangkan sikit lagi, supaya dapat jelaskan lagi secara ringkasnya..


Root ni adalah merupakan istilah komputer yang orang-orang kadang2 tersalah sangka dengan akar pokok dan root beer.. hehe~ tapi ada kaitan sikit la.. bila ianya melibatkan dasar.. :)

Root adalah sebenarnya merujuk kepada struktur direktori (top-level directory) untuk file system. Sebagai contoh didalam PC Windows, "C:\" merupakan root directory bagi drive C. Kalau dalam web server, root directory biasanya hanya menggunakan slash "/", jadi dalam sistem Unix, kita boleh taip "cd /" (change directory untuk ke root) untuk ke root directory.

Kalau pengguna linux atau OS Unix, root juga merupakan kata lain nama pengguna yang mempunyai akses root account, root user dan superuser. Sementara pengguna lain hanya boleh meng-akses direktori mereka sahaja seperti "/www/users/~ultimatebot/", root user dibenarkan untuk mengakses semua direktori yang dibawah mereka tanpa perlu mintak izin pun.. itu sebab hacker suka guna perkataan " you got root? " heheh~

harap menjawab persoalan :-D

sebarang soalan berkaitan, boleh pos dekat komen.. kalau tau aku cuba jawab.. terima kasih membaca ek.. hehehe~


Sunday, October 3, 2010

Sejarah Linux (Ringkas)


















Linus Torvalds

Assalamualaikum dan salam sejahtera :D

Sebelum ni aku ada menceritakan tentang apa itu linux.. sekarang aku nak kongsi sikit tentang, sejarah ringkas linux pulak.. hehe :)

Operating sytems Unix telah di implementasi pada 1960 dan dikeluarkan pada 1970. Ianya sangat mudah didapati dan diubahsuai/ditiru/diambil secara percuma oleh banyak institusi akademik dan perniagaan.

Pada tahun 1991 di University of Helsinki, Linus Tovald telah memulakan kerja dalam mengubah MINIX menjadi Linux kernel. Setelah bergantung kepada MINIX selama beberapa ketika, dan penggunaan GNU dalam Linux, akhirnya menjadikan Linux boleh berdiri sendiri, Linux telah dikukuhkan lagi oleh para penggiat dunia Linux yang terdapat diserata dunia.

Kini penggunaan Linux sungguh meluas, daripada OS peribadi sehingga OS untuk supercomputer. Linux yang selamat juga menjadi OS pilihan untuk server, kerajaan Brazil dan ketenteraan Rusia.

Torvalds dan Stallman masih lagi berusaha dalam bidang masing-masing, kernel dan GNU.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini..

Jangan lupa datang singgah lagi..

Semoga hari korang indah hari ini.. ;)

Sunday, September 26, 2010

Apa itu linux ?




















Tux merupakan seekor penguin dan juga maskot rasmi linux.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :)

Hari ini aku nak kongsi dengan korang apa itu linux, dalam penerangan yang agak ringkas dan mudah difahami.. :D

Linux disebut "Lin-naks". Adalah merupakan salah satu jenis operating systems, dan semestinya menggunakan Linux kernel dan dari situ lah nama Linux itu diperolehi. Linux dibangunkan/diubahsuai oleh penggiat-penggiat dunia open source di seluruh dunia dibawah GNU General Public License atau lain-lain lesen percuma. Selalu nya Linux ini digunakan sebagai operating system untuk server. Ianya mudah untuk di install di mana-mana pc, tidak memerlukan spesifikasi hardware yang tinggi.

Linux kernel pada asalnya telah ditulis oleh Linus Torvalds, dan semua komponen(libraries,utilities, desktop environment, dll) didalam Linux itu, di gabungkan dengan nama GNU operating system, yang telah dibangunkan oleh Richard Stallman. Dalam pembinaan GNU ianya akan sentiasa berkait rapat dengan Free Software Foundation atau nama lainnya Gnu/Linux.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini..

Jangan lupa datang singgah lagi..

Semoga hari korang indah hari ini.. ;)