Sunday, December 19, 2010

Macam mana nak install windows xp / vista / 7 guna thumbdrive ?












Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada korang semua yang sudi singgah blog aku ni..

Berkaitan dengan tajuk diatas, aku salah seorang pengguna HP netbook model 210 yang korang sedia maklum memang takda cd drive.. jadi aku buat keputusan untuk menggunakan thumbdrive untuk boot installer windows ni, untuk kes aku, aku nak guna windows 7..

Kalau korang google kat luar sana, memang banyak tutorial berkaitan ni, macam-macam teknik ada, aku pilih teknik paling mudah dimana korang hanya perlukan third-party software..

Jadi meh aku kongsikan sikit apa yang aku tau, sebarang masalah/persoalan, korang boleh kemukakan kat komen..

Korang perlukan :-
  • Windows XP / Vista / 7 punya iso file. Korang boleh torrent/download/ atau copy dari cd asal.
  • Thumbdrive ( aku cadangkan 4 GB, tapi kalau untuk XP aku rasa 2 GB dah memadai..)
  • Talian internet.
  • Masa terluang kurang dari 30 minit.
Jadi dah cukup semua bahan-bahan yang diperlukan?

Mari kita mulakan..

  • Memula sekali  korang kena download software WinToFlash kat sini 
  • Lepas tu, cucuk thumbdrive korang, pastikan thumbdrive tu takda maklumat penting yang korang perlukan..
  • Kemudian, korang run WinToFlash yang korang dah download tu.. Lepas sampai kat bahagian macam dalam gambar kat bawah ni, korang cari file windows korang tu, untuk bahagian “ PE files source path: “ dan untuk bahagian “ USB Drive : “ korang pastikan huruf tu, adalah huruf thumbdrive korang.












(klik gambar untuk paparan lebih jelas )

  • Lepas tu, tekan button Create, dan biarkan proses lepas tu sampai habis, selepas beberapa minit, thumbdrive korang akan bootable…
  • Restart pc korang, macam aku yang guna HP model 210 aku kene tekan f10 untuk ubah boot device aku ke thumbdrive/external storage, supaya machine korang akan boot thumbdrive..
Itu aje..

Semoga Berjaya

p/s: pastikan tiada error semasa proses ini, sebarang masalah boleh tinggalkan komen kat sini..

6 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Boleh tak cadangkan dgn lebih detail kat mana nak amik iso file n software win to flash by download?sy tak tau nak amik yg mana satu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. maaf lambat reply.. sibuk sejak kebelakangan ni.. huhu~ tengoklah blog ni dah bersawang da..

      macam mana nak terangkan ni ek.. hehe.. saya cuba yer..

      iso file.. selalunya saya torrent aje.. untuk torrent, kena ada install platform dia kat pc.. mcm saya guna utorrent.. pastu gi website mcm thepiratebay atau isohunt.. untuk cari file torrent tersebut.. seriously memang amik masa yang lama untuk download file .iso guna torrent ni.. ada cara lain mcm download dari file sharing.. tp cara tu ssh nak diterangkan.. tapi kalau berminat.. sila tanya.. saya akan cuba jawab..
      (pssst~ cara lain beli CD pirate.. lagi senang.. ehehe)

      untuk wintoflash.. saya ada sertakan link kat atas tu.. mungkin cik jumpa, tp tak tau nak download mana satu.. erm.. ni salah satu mirror yang ada.. --> http://wintoflash.findmysoft.com/download/

      erm.. ada masalah, balas yer.. maaf lambat :(

      Delete
  2. ok..i'll try..kalu tak paham lagi, sy tanya ok.. ^_^

    ReplyDelete
  3. tak faham lha ~serious tak paham

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak faham yang mana ye? nanti aku cuba terangkan lagi :)

      Delete