Macammana nak bypass website yang kena block?
Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang telah block beberapa website diantaranya thepiratebay.com,warez-bb.org ,movie2k.to ,megaupload.com, filestube.com dan beberapa website yang lain. Aku tau ada ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan ini. (aku pun!) Jadi tadi beberapa website kerajaan telah digodam oleh rakyat Malaysia yang berbakat dalam godam menggodam ini bagi menyuarakan suara mereka (sekali gus mewakili rakyat yg tidak bersetuju).
Ntahla, malas nak ulas lagi pasal isu itu, kita terus ke topik pos ni.. cara nak bypass website / internet yang kene block (sekat).
Windows XP.
1- Pergi kat local area connection korang, pilih properties.
2- Pastu pergi kat Internet Protocol TCP/IP, pilih properties.
3- Pastu masukkan ip DNS Google iaitu 8.8.8.8 dibahagian preferred dns server.
4- Pastu klik OK.
Tak faham, boleh rujuk gambar dibawah ini untuk lebih penjelasan.
Cara ini berkesan kerana SKMM block web ini di ISP (internet service provider a.k.a tmnet), kita boleh bypass la..
Cara lain korang boleh dapatkan VPN untuk access web yang dah disekat.
klik gambar untuk paparan jelas
Sebarang masalah boleh pos komen kat sini, kalau ada soalan pun boleh pos kat sini, kot2 korang guna OS lain ke kan.. hehe.. tanya la.. aku jawab atas permintaan :D
Terima kasih kerana luang masa kat sini :)
No comments:
Post a Comment