Friday, November 11, 2016

Apa itu Snapchat ?



Apa itu snapchat?

Assalamualaikum dan salam sejahtera, harini aku nak kongsikan apa itu snapchat?

Terlebih dahulu aku nak mintak maaf sebab lama tak update blog, aku dah sibuk sekarang ni, hahaha! Aku ada syarikat sendiri sekarang, yang buat servis multimedia macam ( website, graphic design, videography dan photography). Sekarang ni baru boleh susun semula kehidupan dan sudah tentu blog ni! hahaha.. 

Okay, balik pada tajuk, apa itu snapchat?

Snapchat adalah merupakan satu aplikasi yang muncul pada tahun 2011, dimana telah mendapat perhatian diseluruh dunia, dan mula mendapat tempat pada pengguna tempatan semenjak dua menjak ini.

Snapchat membolehkan pengguna untuk berkongsi cerita (video/gambar) dalam tempoh masa yang singkat (0-10 saat).. dan kemudian video/gambar tersebut akan dibuang secara automatik.

Ada 2 fungsi yang menarik untuk dikongsikan,

1- snapchat stories
2- snapchat memories

Snapchat stories

Snapchat stories adalah kompilasi media (gambar/video/grafik/stiker) yang disusun menjadi satu cerita yang akan bertahan dalam tempoh 24jam dan boleh ditonton berulang kali.


Snapchat memories

Snapchat memories adalah snap yang disimpan didalam satu album dan boleh dimuat turun kedalam telefon pintar pengguna, dan boleh dikongsi semula menerusi aplikasi ini.

Apa yang membuatkan orang terpikat dengan aplikasi ini adalah privasi dan filter yang terdapat dalam aplikasi ini, walaubagaimanapun aku melihat aplikasi ini perlu dipantau oleh orang dewasa terhadap penggunaan kanak-kanak, kerana aplikasi ini sangat meluas penggunaannya dan boleh disalahguna oleh pelbagai pihak. 

Jadi pengguna yang bijak!

Sekian. Jika terdapat sebarang kesalahan atau perkongsian, boleh buat di ruangan komen dibawah.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa disini, hingga berjumpa lagi di pos yang akan datang!





Tuesday, September 30, 2014

Macam mana nak letak background image / watermark di dalam Microsoft Word ?



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni aku nak kongsikan macam mana nak letak background image / watermark di dalam Microsoft Word ?

Contoh seperti gambar dibawah ini..



Cara-caranya ialah

  1. Klik Design > Watermark.
  2. Klik Custom Watermark.
  3. Klik Picture watermark > Select Picture.
  4. Browse gambar yang korang nak guna, kemudian tekan Insert.
  5. Pilih percentage dekat Scale untuk ubah size gambar. 
  6. Klik Washout check box untuk kesan pudar, supaya tulisan senang dibaca.
  7. Klik OK.

Itu aja.. senangkan? sebarang persoalan boleh tulis kat komen.. 


Sunday, June 1, 2014

Apa itu Facebook?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Apa itu Facebook?

Facebook adalah merupakan sebuah laman sosial atau social sites yang dibina pada 4 Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg bersama dengan rakannya dari Universiti Harvard.


Facebook hanya membenarkan mereka yang berumur 13 tahun keatas sahaja untuk memiliki akaun disini, setiap pengguna mestilah mendaftar dahulu sebelum dapat menggunakan perkhidmatan ini. Laman web facebook boleh dicapai dengan menaip alamat www.facebook.com di platform carian anda.